LAMAN WEB PUTERI REFORMASI

Utama | Pengenalan | Lirik | Nukilan | Hubung | Album | Kesukaan | Diari

f.gif

pu3re4mac.gif

Sini ana letakkan cerita, cerpen atau apa-apa sahaja.. so, antum boleh lah nak baca ke.. pastu.. ble bagi komen.. ok..?

Akukah Yang Terlewat?
 

Zaman persekolahan aku memang cukup gemilang. Maklum le aku ni kira popular gak masa tuh Best student aku, sportman aku..di tambah lagi Dengan kemachoan aku nih, aku bukan perasan Tapi kenyataan. he..he..he..jangan mare.

So masa tu peminat aku cukup ramai boleh kata Everyday ada ajele posmen yang tak bergaji yang Datang hantar surat kat aku, bangganya aku. Tapi tu lah manusia ni pantang ada kelebihan.. Mesti riak punya ..termasuk le aku.

Aku cukup gah masa tu hinggalah pada suatu hari, "Selamat pagi semua ni cikgu kenalkan S kawan baru kamu. S sila ambil tempat duduk di sebelah Jay." Masa tuh macam nak pengsan aku, yelah Ustazah mana lak nih duduk sebelah aku..boringnya...

Masa tu lah member-member sakan dok kutuk aku. "Tak lama lagi mesti jadi ustaz," kata diorang..tension aku Aku pun heran gak dengan S ni apasal le dok nak tutup sangat padahal bebudak pompuan kat kelas aku semua brutal..

Satu hari tuh pasal dah tension sangat dengan kutukan kengkawan aku terus direct to point S.."Besok jangan pakai tudung tau.Kalau pakai gak jangan dok sebelah aku Faham!!!" ( terukkan aku masa tuh)

Tapi S tetap S langsung tak goyah dengan ugutan aku. Esoknya dia tetap bertudung tapi tak duduk sebelah aku. Dia tukar tempat dengan Fauzi. "Tak baik kau buat dia cam tu." kata Fauzi..."Apa salah dia bertudung" ..aku diam aje. Tapi hati aku puas.

Persekolah berjalan seperti biasa dan keputusan peperiksaan penggal pertama telah pun di ketahui. Aku tewas di tangan S cis!! Balik-balik pompuan nih. Sakit betul hati aku nih. Member sekelas lak asyik dok puji dia je. Geramnya aku.

Kehadirannya membawa perubahan dalam kelas. Ye lah. Dulu semua orang puji aku tapi sekarang tak lagi. Sikit-sikit S menyampah aku. So untuk mengembalikan zaman kegemilangan aku, aku mesti singkirkan S dari SMMA. yeah..itu janji aku..

KEEGOAN ITU MENJADIKAN AKU MANUSIA KEJAM !!!!!

Dah macam-macam aku buat untuk sakitkan hati dia. Tapi dia tetap tak marah sebaliknya aku pulak yang sakit hati. Kenapalah..

Kat sekolah aku pulak ada sorang cikgu Andartu. Dia cukup anti dengan pelajar pompuan tapi paling sayang kat student lelaki terutamanya aku le he..he..he. So kesempatan ini le yang aku ambil.

25 oct masa break time aku tak keluar. Fauzi tanya gak apasal tapi aku kata perut aku meragam. Bila line clear aku pun apalagi selongkar le bag pompuan tuh. Jumpa pun. Sehelai demi sehelai homework yang cikgu K bagi aku koyak. Puas hati aku. Lepas tu aku terus gi canteen soru. Fauzi lak tercengang-cengang pandang aku.

After break kelas cikgu K pun bermula apalagi macam biasa. First thing mesti tanya fasal homework punya. Aku pun senyum sampai telinga, sedangkan S aku tengok muka dah lain macam sebab homework dia dah missing. Hari tuh S kena marah teruk dengan Miss K dan petang tu dikenakan kelas tahanan.

"Engkau cakap betul-betul Jay ni semua kerja engkau kan?" Alamak budak Fauzi ni buat aku tension betul. "Habis tu engkau nak ngadu le nak jadi peguam bela?" " "Tak le tapi tak baik kau buat camtu... apa salah budak S tu pada kau?" Aku diam, entahlah yang pasti hati aku puas.

Aku makin bersemangat buli S tambah lagi dengan sokongan Dari kenkawan aku Mizi,Lan,Joe termasuklah Miss K..

One day aku cakap kat Lan aku tringin sangat nak tengok rambut S..dia tu botak kut sebab tu pakai tudung kata aku. So aku pun atur strategi. Petang tu masa loceng balik bunyi Mizi buat-buat terlangar S. Masa S sibuk kutip buku dia tu le.. Aku ngan Lan datang dari belakang terus tarik tudung dia. Merah padam muka S aku tengok apalagi aku ngan geng ketawa sakan. Cuma Fauzi je aku tengok tak gelak.

Esoknya S tak datang. Gembiranya aku tak terkira. "Jay, engkau tak rasa apa-apa ke?" "Eh, apasal lak ngan budak Fauzi ni.." "Ye lah lepas apa kau buat kat dia semalam.. Ini soal maruah Jay dia tu pompuan malu dia kau buat cam tu" Terdiam aku, kadang-kadang aku heran gak dalam ramai geng aku ni, cuma Fauzi je yang selalu tegur perangai aku.

Sejak hari tuh hubungan aku ngan Fauzi makin renggang. Alah aku pun tak kisah aku kan ramai kawan. Mak bapak aku pun tak pernah kisah apa aku buat. So go to hell lah ngan budak Fauzi tu.

SESUNGGUHNYA KEJAHILAN ITU BAGIKU SATU KERUGIAN !!!

Tanpa Fauzi kegiatan aku semakin galak. Petang tu masa balik aku nampak S so idea cangih aku pun berjalan macam biasa. Aku pulas minyak motor sekuat hati pas tu aku jeling Lan yang dok membonceng motor. Lan bagi isyarat OK so aku pecut motor. Lan dengan pantas menarik bag S pas tu campak dalam longkang. Gelihati aku bila tengok S menangis. Hari tuh aku pulang dengan hati yang cukup puas...aku rasa esok mesti S tak gi sekolah.

Esoknya aku bukan main seronok lagi sebab tak nampak kelibat S, ni mesti tak datang le. Tapi sangkaan aku meleset sebab S ada. Cuma dia lewat sebab bas rosak ahh boringnya aku.

Pagi Sabtu perut aku sakit betul dah banyak kali aku muntah-muntah. Aku cakap kat mama dan papa. Mama suruh gi klinik siap bagi duit lagi. Terkedu aku..aku kata tak larat nak gi sorang, pas tu papa lak cakap, "Makan panadol dulu kalau dah reda nanti baru gi klinik. Mama ngan Papa sibuk."

Dah dekat pukul sebelas tak ada tanda pun yang sakit aku nak reda. Aku dail no phone Lan dia tak de, Mizi ngan Joe lak ada hal, so aku tak ada pilihan aku terus dail no Fauzi, nasib aku baik Fauzi ada rumah. Masa tu aku dah tak larat lagi dah, aku cuma sempat cakap, "Tolong aku Jie, aku dah tak tahan sakit nih." Sedar-sedar aku dah ada kat Hospital. Fauzi ada kat situ so aku tahu dia yang hantar aku. "Kenapa sampai jadi camni Jay? Kenapa tak suruh mama ngan papa kau bawa gi klinik???" Tanya Fauzi. Masa tu airmata aku dah mula mengalir, aku peluk Fauzi.. "Jie kadang-kadang aku rasa aku ni dah macam anak yatim. Diaorang tak kisah kat aku langsung. Mama ngan papa aku sibuk cari duit, duit, duit. Selama ni pun makan pakai aku semua aku buat sendiri, mereka cuma tau bagi duit je."

3 hari di hoepital, Fauzilah pengunjung setia aku. Masa tu aku dapat rasakan cuma Fauzi aje yang ambil berat fasal aku. "Jie, aku mintak maaf selama ni aku selalu marah kat engkau, sekarang ni baru aku tahu kaulah kawan aku yang terbaik." Fauzi senyum. "Sudahlah Jay aku pun dah lupa semua tu." SPM makin hampir, sejak keluar hospital aku makin rapat dengan Fauzi. Kami belajar bersama untuk menghadapi SPM. Kegiatan liar aku pun macam dah pupus, mungkin sibuk buat persiapan SPM ataupun dah taubat, macam geng-geng aku cakap. Entahlah yang pasti aku tak akan ulangi kesilapan itu lagi. Result SPM akan di umumkan esok..aku call Fauzi suruh tunggu maklum le Aku dari KL mungkin lambat sikit...dari jauh aku nampak Fauzi senyum kat aku.

"Alhamdulillah kita berjaya Jay." Bersyukur aku kerana keputusan aku cukup cemerlang. "Jay ini ada surat untuk kau dari S." "Assalamualaikum Jay, terimakasih S ucapkan kerana tanpa Jay mungkin S tak akan dapat keputusan sebaik ini, kerana sikap Jaylah S berusaha untuk berjaya. Terimakasih sekali lagi. S janji selepas ni Jay tak akan jumpa S lagi. Itu janji S dan S akan tunaikan inshaallah."

Terasa dunia berhenti berputar. Surat S yang ringkas itu meruntuhkan tembok keegoanku..menyesal nya aku kerana perbuatan ku pada S. "Jie kau tahu alamat S ??" "Kenapa ??? Engkau nak buat apa lagi kat budak tu Jay ???" "Aku nak mintak maaf banyak-banyak kat dia."

SESUNGGUHNYA TAKDIR ITU PENENTU SEGALA

Hari tu aku tidur di rumah Fauzi. Aku try call mama & papa tapi entahlah. Kadang-kadang aku ada gak terfikir aku ni bukan anak dia orang kot??? Selepas kenduri kesyukuran kat rumah Fauzi aku balik KL malam tu aku tunggu mama & papa balik pukul 11.00 lebih baru dia orang sampai. Mama tanya, "Kenapa tak tidur lagi ??" Aku kata, "Tunggu papa & mama balik." Kenapa???" Tanya papa. Terkedu aku. Langsung dia orang tak tanya tentang result aku, so aku pun dah tak de hati nak bagi tau. Aku dah buat keputusan untuk keluar negara, biarlah, mungkin itu lebih baik buat aku. Fauzi lak still nak stay kat M'sia, so dia masuk USM. Aku lak terima offer untuk ke Jepun..bila aku cakap pada mama & papa dia orang cam biasa. No komen. Lebih-lebih kata akan masukkan duit kat akaun aku je. Masa kat airport, cuma Fauzi ngan Abah dia aje yang hantar aku. Papa & mama outstation. Aku pun dah tak kisah sangat, janji Fauzi ada untuk hantar aku.

Aku masih ingat pesan Fauzi kat aku.. "Jay, walau apapun yang kau buat kau kena ingat kau masih ada family dan aku kat sini. Walaupun famili kau tak take care kat kau jangan sampai kau jadi anak derhaka, kau kena ingat tu.. Sembahyang jangan tinggal." "Ya..aku akan ingat semua tu." Hampir 6 bulan aku di Jepun dan hampir setiap minggu jugak aku akan hantar surat kat Fauzi & S, tapi cuma Fauzi je yang balas surat aku..S.. Ahh..mungkin dia masih marah pada ku. Kadang-kadang tu ada gak aku hantar surat kat mama, cerita tentang keadaan aku kat sini, tapi mama tak balas pun surat aku, call pun tak.

Akhirnya aku dapat jugak balasan dari S walau pun ringkas tapi aku cukup puas, sekurang-kurangnya dia telah maafkan aku. Sedih aku dengar ayah S meninggal dalam kemalangan. So dia terpaksa bekerja untuk menyara adiknya. 3 tahun di Jepun. Cuma surat-surat Fauzi & S menjadi teman setia ku.. Tahun ni final semester untuk Fauzi, aku harap dia akan berjaya. S lak dah naik pangkat dan bertukar ke JB. Sejak tu surat S untuk aku makin kurang, aku menjadi seorang perindu... rindu pada bicara S... rindu pada segala-gala yang ada padanya..ahhh jatuh cinta ke aku???

Tapi itu semua aku pendamkan, inshaallah satu hari aku akan jadikan S milikku...pada Fauzi pun tak pernah aku ceritakan soal hatiku ini, malu lak sebab jatuh hati pada perempuan yang paling aku benci dulu.. Tapi aku tahu Fauzi tak mungkin mentertawakan aku, aku cukup kenal dengan Fauzi.

Alhamdulillah aku berjaya juga akhirnya..aku call Fauzi, dia cukup gembira, pas tu dia tanya aku bila nak balik??? Aku diam.. entahlah. Sebab aku rasa aku nak bekerja dulu setahun dua kat sini. "Dah 5 tahun kau tak balik Jay, kau tak rindukan aku ke???" "Aku rindu kat kau lah.

Jie, aku akan balik. Masa tu nanti aku nak bagi kejutan kat engkau!!!"Aku diterima bekerja di head off Com. Aku sekarang seronok gak bekerja dengan orang Jepun ni. Lepas setahun aku ambil keputusan untuk kembali ke M'sia aku nak jumpa Fauzi, pas tu nak suprisekan dia tentang hasrat aku, kat S.. sebulan sebelum pulang aku call Fauzi aku kata nak gi melancung dulu sebelum balik...so Fauzi tak payah tulis surat atau call aku.

24 Dis aku menjejakkan kaki ke bumi M'sia... hampir 7 tahun aku di Jepun terlalu banyak yang berubah, aku terus pulang ke rumah.. Mama terkejut nampak aku... mama peluk aku. "Jay mama rindu kat Jay" Aku senyum, aku rasa cukup bahagia. Malam tu kami makan bersama, bercerita, ketawa. Aku rasa malam tu masa terlalu cepat berlalu. Aku bagitau mama & papa tentang hasrat aku untuk melamar S.. mereka setuju asalkan aku bahagia kata papa..aku peluk papa.

25 Dis hari lahir aku dan Fauzi. Aku nak buat kejutan selepas solat subuh aku bertolak ke kampung Fauzi. Sampai je kat rumah Fauzi aku tengok ramai betul orang pas tu terdengar paluan kompang. "ehhh...sapa lak yang kahwin, tak kan Fauzi kot???" Langkah kaki ku terhenti aku terpaku melihat pasangan mempelai dipelamin.. Fauzi dan SSSS... tapi kenapa??? Selama ni Fauzi tak pernah cerita kat aku apa-apa. "Jay bila balik ???" Terasa bahu ku di tepuk. "Semalam Pak Man.." "Syukurlah kau dah balik.. dah puas si Fauzi tu telepon & hantar surat kat kau tapi tak dapat... macam mana dengan pilihan Pak Man Jay??".. aku terkedu "Pilihan Pak Man ???" "Yelah.. kalau nak tumggu si Fauzi tu jawabnya tak bercucu le Pak Man ni." Ketawa Pak Man hampir membuat kolam airmataku melimpah..tak, aku tak patut menangis. Semuanya salah aku juga tak berterus-terang dan sekarang semuanya telah terlewat. Aku terus mendapatkan Fauzi. Fauzi peluk aku. "Jay aku rindu sangat kat engkau." "Aku pun sama Jie..taniah dan
selamat hari lahir." Aku kembali ke KL, aku cakap pada papa aku nak gi Jepun balik. Mama terkejut.. "Kenapa Jay??? Jay masih marahkan kami lagi???" "Tak ma, Jay nak kerja kat sana dulu bila dah puas nanti Jay balik lah." Papa angguk..mama lak dah mula menangis. Aku pujuk mama.

1 Jan aku berlepas ke Tokyo. Cuma mama & papa yang hantar aku. Aku tak bagi tau Fauzi sebab tak nak mood honeymoon dia hilang. Seminggu lepas tu baru aku call Fauzi, terkejut dia.. "Tapi kenapa Jay???" "Saja nak cari pengalaman." Itu saja jawapan yang mampu aku beri.

2 tahun di head off aku minta di tukarkan ke M'sia. Alhamdullilah permohonan aku diterima. Berita gembira ini aku sampaikan pada mama & papa. Pada Fauzi..aku nak suprisekan dia. Aku tempah sepasang jam tangan untuk hari lahir aku & Fauzi nanti. Buat S aku belikan kimono sutera berwarna putih, dan buat bakal anak angkat ku macam-macam aku belikan. Tak sabar rasa aku nak balik.

Seminggu sebelum balik Fauzi call aku.. "Jay balik lah aku rindu sangat kat kau, aku teringin nak tengok kau." Aku ketawa.. "Yelah nanti aku balik tapi tak tahu bila.." "Balik le Jay aku nak tengok kau sangat-sangat."

25 Dis aku bersama papa & mama ke rumah Fauzi. Hari tu hari Jumaat so aku singgah untuk solat Jumaat. Pukul 4.20pm aku sampai ke kampung Fauzi, heran aku ramai betul orang, tapi kali ni keadaannya lain, kalau dulu aku disambut dengan paluan kompang tapi kali ni tak. Hati aku mula terasa sesuatu. Aku mencari-cari kelibat Fauzi tapi tak ada.

Aku naik ke atas aku nampak sepasang mayat terbujur, kaki aku longlai aku menangis aku peluk Mama.. "Ma, Jay dah kehilangan mereka ma..kenapa Jay selalu terlewat??? Kenapa ma?" Papa pujuk aku, "Sabar Jay, bawa bertenang nak." Pak Man muncul. "Jay sudahlah nak tak baik macam ni. Fauzi kemalangan sewaktu nak ambil mayat S.. S meninggal selepas bersalin." Hadiah di tangan ku bertaburan di lantai.

Pemergian Fauzi & S benar-benar memberi kesan pada aku... Esoknya aku ke hospital. S melahirkan sepasang kembar yang comel..aku dakap kedua-dua bayi itu airmataku mengalir lagi "Jie, S, anak kamu berdua comel betul." Aku minta izin Pak Man untuk menjaga mereka. Walaupun keberatan akhirnya Pak Man akur setelah aku berjanji tak akan mensia-siakan mereka.

Benih kasih Fauzi & S kuberi nama Muhammad & Siti Aisha. mama pun dah tak kerja sibuk nak jaga cucu.. aku cukup bahagia. Kini si kembar ku dah pun berusia 3 tahun ++. Setiap kali terpandang mereka aku pasti terkenangkan dua orang sahabatku yang paling aku kasihi dan setiap kali aku menziarahi pusara mereka pasti si kembar ku bertanya, "Kenapa ibu & ayah abang duduk kat dalam ni Abah???" Hati aku cukup sedih, biarlah satu hari nanti mereka akan mengerti. Aku lak sampai sekarang still sorang, biarlah demi amanah ini. Sesungguhnya aku terlalu sayangkan mereka berdua...

Pertemuan Terakhir

 

Suasana malam di rumah sewa kos rendah dua bilik itu agak tenang. Aida teman serumah aku, sedang asyik membaca novel yang baru dibelinya semalam. Kami cuti sempena Maulidur Rasul. Aku ke dapur mencari sesuatu untuk di makan. Perut aku pantang berlapar, tentu berkeroncong. Aku buka peti sejuk dan nampak keropok ubi kentang 'fringles' yang dibeli tempohari semasa keluar bersama Aida. Rezeki, bisik hati kecil ku sambil mengambil kole untuk membancuh air oren tropicana kegemaran aku.

Telefon di sudut berhampiran bilik berdering minta diangkat. Aida biarkan saja. Begitu lah sikap Aida jika dia sedang asyik membaca. Aku faham sangat dengan perangainya. Lagipun, dia tahu, waktu-waktu begitu, tentu panggilan telefon itu untuk aku. Aku segera menjawab panggilan telefon berkenaan dan bercakap hampir sepuluh minit.

"Aida! Malam Sabtu ni boleh tolong aku tak?" aku menghampiri Aida dan cuba mencuri simpatinya. Aku menggoyangkan kaki Aida bila pertanyaan aku tidak mendapat perhatian darinya.

"Aida! Aku cakap kau dengar tak? Aku nak minta tolong ni!" aku tinggikan sedikit suara membuatkan Aida sedikit terkejut.

"Ala kau ni kacau la Mas. Aku tengah syok baca buku ni tau! Tengah bab sedih ni kau tau," rungut Aida.

"Malam Sabtu ni, Yusri ajak aku gi dinner. Tapi kawan dia tak de partner. Tolong la Aida. Kejap je. Lepas habis tu diorang hantar kita balik. Boleh ye Aida!" aku berterus terang.

"Aku tak biasa la Mas. Kau cari je la orang lain," Aida cuba menolak.

"Ala, ni dinner penting Aida. Raikan kejayaan diorang. Boleh la Aida. Aku dah cakap kat Yusri tadi kau boleh tolong. Boleh ye Aida ye!" aku mendesak.

"Kau ni Mas, mana aku ada baju nak pakai untuk dinner tu. Malulah aku pakai baju biasa je," sekali lagi Aida cuba menolak.

"Kau pakai apa pun cantik Aida, sebab kau memang lawa. Aku sure orang tak pandang pada pakaian kau. Lagipun aku tengok ramai isteri pegawai yang datang tu, pakai simple je. Yang penting kehadiran. RM 50 per person Aida. Rugilah kalau tak datang. Bukan kita kena bayar apa-apa. Cuma temankan diorang je. Please Aida." Aku masih mendesak dengan muka kesian.

"Aku tak biasa la Mas. Nanti malu pulak kawan Yusri tu," Aida mengingatkan aku tentang itu.

"Kau ikut aje apa yang orang buat. Senang. Habis makan kita bual lepas tu minta balik. Tu je." Aku menanti jawapan penuh debar.

"Nanti lah aku fikir." Jawapan Aida membuatkan aku lemah, namun aku takkan putus asa untuk cuba memujuknya supaya pergi bersama ke dinner itu.

Malam itu aku tidur sambil memikirkan jalan untuk Aida setuju. At last, Aida berikan juga jawapannya untuk menjadi pasangan kawan Yusri. Selamat aku.

Hari yang dinanti tiba juga. Tepat jam 7:30 malam, Yusri telah tiba bersama temannya menjemput aku dan Aida di depan rumah. Mereka segak memakai pakaian batik. Aku mengenakan baju kebaya pendek berlabuci warna purple. Manakala Aida begitu anggun dengan baju
kebaya labuh batik jaquard warna biru lembut bermotif bungaan kecil. Rambutnya kemas disisir dan diselit sepit rambut yang ringkas. Mana lah agaknya dia dapat baju tu, sebab aku tak pernah nampak pun dia pakai
baju tu sebelum ini. Tapi dia memang menawan malam itu. Kalau lah aku lelaki, aku pun tergoda juga. Aku mengomel dalam hati.

Terpegun mata Yusri memandang Aida. Terbeliak macam nak terkeluar biji mata dia sambil tertelan liur. Aku cubit lengannya. Menjerit juga Yusri kerana terasa sakit dengan bisa cubitan aku. Rasakan. Tunggulah badan aku kurus sikit, tentu akan jelita macam Aida. Aku mula pasang angan-angan.

"Kenalkan Leftenan Saiful Bahri." Yusri memperkenalkan kawannya pada Aida.

Aida tenang membalas salaman Saiful dan mereka berbual untuk menghilangkan rasa nervous sebelum berada di dalam majlis. Menurut kata Yusri, meja kami berlainan. Nampaknya aku terpaksa serahkan Aida bulat-bulat pada Saiful.

"Saya tak biasa pergi majlis macam ni. Tolong tunjuk ajar saya." Gelisah Aida membuatkan Saiful Bahri tersenyum.

"Tak mengapa, saya faham," Saiful cuba menenangkan Aida.

Bukan Aida saja, malah ada isteri yang sudah bertahun mengikut suami mereka ke majlis sebegitu pun kadang-kala kekok dalam majlis. Makan berbunyi la, tersilap sudu la, tertumpah air la dan macam-macam lagi.

Tepat jam 8:40 malam, majlis dimulakan dengan bacaan doa. Kemudian makanan dihidangkan satu persatu. Western food. Aku apa lagi, makan semahunya. Makan free la katakan. Aku sempat jenguk Aida yang duduk
tidak jauh dari meja aku. Begitu sopan dia makan. Aku nampak Saiful berbisik pada dia. Agaknya mengajar sudu mana yang harus digunakan dulu. Lega aku bila melihatkan mereka cepat mesra. Ketika sedang makan sup cendawan dengan butter bun, aku dikejutkan dengan segentel roti yang sengaja dibaling dari meja ke meja. Ops! Mujur aku tak termelatah. Kalau tidak malu juga. Ish! Adat mana ntah diorang ikut, aku pun tak tahu.
Kalau bagi kat aku kan bagus. Membazir makanan saja.

Selesai makan, ada majlis ucapan pula. Tak sangka rupanya Saiful Bahri adalah pemenang keseluruhan untuk menerima anugerah tertinggi malam itu. Untungnya Aida. Bisik aku. Aku nampak Aida agak terpinga-pinga bila nama Saiful disebutkan menerima anugerah itu. Mana tak nye, dia tak tahu apa-apa pun.

Aku tengok jam kat tangan dah pukul 11:50 malam. Rasa mengantuk sudah mula menguasai. Aida aku nampak dah mula rimas. Bunyi muzik untuk memulakan acara tarian sudah berkumandang memeriahkan Sentosa Ballroom itu. Ramai yang menari bersama pasangan masing-masing. Tidak kurang yang keluar ke bilik air untuk touch-up atau keluar merokok. Aku mengambil peluang ke meja Aida dan menemaninya. Tidak lama kemudian Yusri datang dan mengajak aku menari. Aku tiada pilihan dan terpaksa meninggalkan Aida sendirian lagi, kerana Saiful telah awal-awal di sambar teman perempuan sejawatannya untuk menari.

Di celah kemeriahan pasangan yang menari, aku dapat melihat seorang lelaki menghampiri Aida dan mengajaknya menari, tetapi di tolak dengan lembut oleh Aida. Aida semakin gelisah dan rimas ditambah bunyi muzik yang semakin membingit telinganya.

Jam 12:30 pagi, majlis ditamatkan. Aku minta Yusri segera menghantar kami pulang kerana aku kesian melihat Aida. Tiba di rumah, aku terus masuk ke bilik dan tidur. Aida pula menyambut telefon yang berdering di pagi-pagi buta itu.

"Saiful ajak aku lunch tengahari ni. Kau nak ikut? Aku segan la nak pergi sorang." Aida memberitahu aku ketika sarapan pagi itu.

"Dia ajak kau, kau ajak aku pulak. Dia nak ucap terimakasih pasal semalam agaknya. Pergi lah. Kalau aku ikut nanti rosak program dia. Lagipun Yusri nak ajak aku pergi tengok wayang." Aku berdalih.

Aida mengeluh seolah tidak selesa untuk bertemu Saiful sendirian. Tetapi dengan keyakinan yang aku berikan, Aida terima juga pelawaan Saiful untuk lunch tengahari bersama. Malu tapi mahu.

Aku memandang saja Aida keluar bersama Saiful menaiki kereta satria warna hijau. Menurut kata Aida mereka akan ke Holiday Villa untuk makan tengahari itu. Tergerak juga hati aku nak intai 'date' mereka, tapi... ah! Biarkan saja la. Aida dah besar.

"Thanks Aida. You cantik sekali malam tu. Tergoda I. Kalau I still single, I pikat you lagi sampai dapat. Realy!" Saiful tersenyum menyatakan apa yang tersirat di hatinya sejak malam pertama mereka dipertemukan.

Hampir tercekik Aida bila mendengarkan kenyataan Saiful. Dah kahwin ke? Atau tunangan orang? Mampus aku kalau diorang serang aku kat sini nanti. Alamak! Aida mula resah. Tapi dia masih mampu tersenyum menyembunyikan sedikit rasa kecewanya dengan kenyataan Saiful.

"Aida macam dulu juga, biasa saja. Tapi, kenapa tak ajak isteri you saja ke majlis malam tu?" Aida cuba mengorek cerita.

"I belum kahwin la. Cuma dah bertunang. Tunang I jauh study kat UK. Maybe tengah tahun depan kami kahwin sebab dia ada setahun saja lagi nak tamat pengajian. Sebab tu, I jarang keluar. Malam tu pun sebab terpaksa bawa partner saja. Tak sangka pula dengan you. Anyway,
thanks Aida. Thousand thank you. Lepas ni kita nak ke mana?" Saiful merenung Aida yang sopan menyuapkan makanan ke mulut.

"Aida kena balik. Aida tunggu call dari somebody." Entah kenapa alasan itu pulak yang terpacul keluar dari bibir Aida.

Tapi bagus juga alasan itu, tak elok kalau orang tahu yang dia keluar bersama tunangan orang. Manalah tahu ada spy yang memerhati. Aida bebisik dalam hatinya sendiri.

"Tak apa la, lepas ni I hantar you balik. I minta maaf kalau malam tu, layanan I tak memuaskan hati you. I tak tahu macam mana nak layan you after so long. You perasan tak I ternganga tengok you keluar dari rumah
you malam tu. You cantik Aida. Macam bidadari. Betul, you semakin matang dan cantik. Semua orang perhatikan you malam tu. It makes me jealous. Hmm. Sorry. Sayang, keadaan tak mengizinkan kita. Bertuah siapa yang menjadi suami you nanti. Bila agaknya kita boleh jumpa lagi ye?" Pujian maksima Saiful membuatkan Aida berasa terawang-awang di udara. Fikirannya jauh melayang ke masa dulu. Sejak dia pandai melawa, belum pernah dia dengar pujian melangit seperti itu.

"Aida... Aida..." Saiful memetik jarinya dihadapan muka Aida yang sedang berkhayal.

Aida tersipu malu kerana terkejut dengan petikan jari Saiful. Macam mana lah dia boleh berkhayal jauh sebegitu. Malunya. Begitulah cerita 'date' mereka yang disampaikan Aida kepada aku. Aku tergelak bila Aida
mengakhiri ceritanya dengan mengatakan Saiful tertawa sambil menggelengkan kepala bila mengejutkan Aida dari khayalannya. Entah apa agaknya yang Saiful akan katakan tentang dirinya. Dia malu sangat. Dan aku dapat rasakan, Aida seperti menaruh hati kepada Saiful.

Sejak pertemuan enam bulan lalu, Aida dan Saiful tidak pernah bertemu lagi kerana sibuk dengan tugasan masing-masing. Lagipun Saiful kerap pulang ke kampung bila cuti mingguan. Tetapi Saiful ada juga menelefonnya bertanya khabar dan sebagainya. Aku macam biasa 'merendek' dengan Yusri jika ada kelapangan waktu dan cuti.

Satu hari tu, aku sendirian di rumah. Aida belum pulang dari kerja. Kena buat overtime katanya. Aku sengaja masuk ke bilik Aida dan aku perhatikan gambar masa dinner malam itu begitu banyak diletakkan di
almari cermin. Gambar kami berempat, gambar kami berdua, gambar Aida seorang, gambar dia dengan Saiful. Dan paling 'best' sekali gambar Saiful sedang menjulang anugerah yang diterimanya malam itu. Dasyat betul minah ni. Fikir aku. Selama ini, tak pernah Aida sebut atau tunjukkan sebarang nama lelaki pada dia. Tapi sejak kebelakangan ini, sikit-sikit Saiful. Sikit-sikit Saiful. Tersasul katanya. Nak sorok konon.
Macam la aku ni baru lahir semalam.

Semasa kami berdua sedang menjamah makan malam, telefon berdering. Aida dan aku saling berpandangan siapa yang mesti menjawab panggilan tersebut. Sudahnya aku juga yang bangun bila Aida beri isyarat mata
kepada aku. Ish budak ni.

"Hello..., oh Saiful. Aida? Dia tak de, mana ntah dia pergi...," belum sempat aku habis menjawab Aida dah meluru menyambar telefon. Tadi tak mahu jawab sangat. Aida buat isyarat diam bila aku mula membebel.

"Aida, esok pagi I akan mula penerbangan solo. Doakan keselamatan I. You orang pertama I bagitahu sebab lepas ni I nak call my mother. Lepas tu baru call my fiancee." Saiful straight to the point.

"Kalau macam tu Aida doakan Saiful selamat dalam penerbangan tu esok. Tumpukan perhatian ok! Sembahyang dan minta pelindungan dari Allah. Insyaallah Saiful akan selamat," hanya itu kata-kata semangat yang
terdaya diberikan Aida buat Saiful.

Selepas telefon diletakkan, Aida kembali ke meja makan. Tiba-tiba dia bermuram. Kemudian menangis. Aida cuci tangan terus lari masuk ke dalam bilik. Apa Saiful cakap? Apa dah kena dengan Aida ni?

Aku pun terus tak selera nak sambung makan yang dah bertambah dua kali. Aku dapatkan Aida di biliknya. Dengan perlahan aku tanyakan apa yang sudah terjadi. Lalu Aida nyatakan apa yang Saiful beritahu kepadanya sebentar tadi dalam nada sedih.

"Ohh! Pasal tu je ke? Kau ni buat aku takut je la. Yusri pun ada bagitahu aku. Biasa lah tu Aida. Bila cukup jam latihan, diorang akan pergi terbang solo. Hari tu pun Yusri dah buat. Ok je. Tak de apa-apa pun. Rilek la. Doakan dia selamat," aku yakinkan Aida.

"Eh Aida... yang kau sedih sangat kenapa? Kau cintakan dia ye?" mulut laser aku terkeluar pula soalan bodoh. Cepat-cepat aku minta maaf dan katakan yang aku cuma bergurau dan tinggalkan Aida sendirian melayan
perasaannya.

Penerbangan solo Saiful selamat pergi dan balik. Yusri telefon ke tempat kerja beritahu akan hal itu. Dan aku sampaikan kepada Aida yang nyata nampak gembira dan baru ceria melakukan tugasannya.

Esok birthday Aida. Disebabkan hari lahir Aida jatuh pada hari bekerja, aku cadangkan untuk membuat sedikit jamuan pada hujung minggu nanti. Aku sengaja nak kejutkan Aida dengan jamuan itu. Aku angan-angan nak undang Saiful dan Yusri sekali. Lagipun kami dah lama tak buat sebarang jamuan bersama.

Aida tiba di rumah jam 7:45 malam. Terkejut dia bila kami sebut 'surprise'. Tapi cuma aku dan Yusri saja. Saiful tidak dapat hadir kerana terpaksa membuat 'preparation' untuk penerbangan solonya yang ke empat. Aku memberikan ciuman buat Aida yang sudah aku anggap seperti adik aku sendiri dan aku berikan hadiah yang dikongsi bersama Yusri, yang siap aku bungkus kemas. Yusri ucapkan selamat buat Aida dan disampaikan juga hadiah kiriman daripada Saiful. Gembira Aida menyambut hadiah itu dan aku terus mematikan lamunan Aida lalu mengajaknya ke Pizza Hut untuk makan-makan. Aida kelihatan gembira sekali.

"Istimewa buat Aida". Begitulah tulisan yang tertera di bungkusan yang cantik dari kertas bercorak bunga mawar merah. Aida membuka dengan cermat bungkusan itu. Sebuah kotak muzik dengan lagu "love song" beserta sebentuk cincin perak terletak betul-betul ditengah kotak muzik. Sekeping kad turut disertakan yang tertulis;

telah puas aku memburu dirimu, tapi baru kini kau menjelma setelah aku terikat dengan janji yang mungkin tidak dapat di ubah lagi. semoga kebahagiaan menyelubungi segenap kehidupanmu. selamat hari lahir
buatmu Aida. you know me......

Kotak muzik itu sekali lagi Aida buka dan lagu 'love song' itu betul-betul membuat Aida terharu dan menitiskan airmata mengingati sesuatu. Dan cincin pemberian Saiful disarung kemas di jarinya.

"Tentu kau tidur lena malam tadi kan!" aku sengaja mengajukan soalan pada Aida ketika sarapan pagi.

Aida tersenyum dan aku terus memegang tangan kanan Aida menjeling ke arah cincin yang istimewa itu. Aida mencuit lengan aku bila aku cuba tanyakan lagi pasal cincin berkenaan. Ah! budak ni, dah parah kot! Bisik
hati kecil aku. Telefon berdering dan sepantas kilat Aida bangun menjawab. Satu kejutan kerana selama ini dia malas menjadi operator. Berlainan pulak pagi ini.

"Assalammualaikum, nak cakap dengan siapa?" lembut suara Aida menjawab.

"Waalaikumussalam, Saiful ni. You sihat?" Aida terkedu sebentar sebelum menjawab pertanyaan Saiful.

"Aida sihat terimakasih. Ada apa telefon pagi-pagi ni?" tanya Aida jujur.

"Jam 10:00 pagi ni, I buat penerbangan solo ke empat. I nak minta maaf kalau selama ni I ada buat salah pada you. Lagipun, I tak dapat datang jamuan you malam tadi. Im sorry."

"It's ok. Aida faham. Aida pun nak minta maaf juga sebab semalam masa makan, lupa nak niat makankan untuk Saiful," terdengar suara Saiful ketawa mendengar kata-kata Aida.

"I missed you, so much and you know me rite!" suara Saiful kian perlahan.

"Yes. Oh by the way, thanks for the gift. I love it. I wish you all the best. Have a nice flying. Don't forget to call your mom, ok! Bye. Assalammualaikum." Aida termenung sejenak selepas meletakkan gagang
telefon.

"Aida... kau tak nak pergi kerja ke? Cepat la makan. Dah dekat pukul lapan setengah ni. Nanti lambat pulak." Aku sergah Aida yang asyik melamun.

Di tempat kerja, kami macam biasa sibuk dengan bahagian masing-masing. Aida cukup komited dengan kerjanya. Dia seorang yang bertanggungjawab dan begitu bersungguh bila berkerja. Kalau lah aku ada adik lelaki, aku suruh adik aku pinang dia cepat-cepat jadi isteri. Tiba-tiba telefon di hadapan aku berdering. Suara Yusri seolah cemas.

"Mas, tengok berita TV3 satu setengah nanti. Aku tak boleh cakap panjang-panjang. Aku kena pergi sekarang." Pelik Yusri ni. Apa hal suruh aku tengok berita tengahari ni pula. Berita apa yang menarik?

Aku tengok jam. Baru pukul 12:00. Lamanya nak tunggu lagi satu setengah jam. Aida datang ke bahagian aku dan ajak aku pergi lunch dekat kantin jam 1:00 nanti. Aku terus setuju. Pasal makan memang aku tak tangguh beri jawapan.

Jam 1:02 minit aku dah sampai depan kantin. Aku nampak Aida tengah tunggu dekat hujung pintu. Taat dia tunggu aku. kami berjalan seiring masuk kantin dan aku makan nasi lauk ayam merah dengan sayur campur dan telor goreng. Aida cuma makan laksa dan buah. Memang itu kegemaran dia. Kami order air limau nipis. Sambil makan tak sedar jam dah pukul satu setengah. Aku perasan pun sebab terdengar muzik buletin 1:30 TV3 yang terpasang di ruang makan kantin. Aku cuba berikan tumpuan dan terpaku bila mendengarkan berita pertama yang disampaikan.

"Sebuah pesawat jenis pilatus PC-7, milik Tentera Udara Di Raja Malaysia telah terhempas
...................................................
juruterbangnya belum dikenalpasti."

Aku dan Aida berpandangan. Aida tiba-tiba aku lihat menggigil seperti orang ketakutan. Peluh kecil memenuhi dahinya bila penyampai berita meneruskan bacaannya dan menyatakan pesawat malang itu dalam latihan penerbangan solo. Semua yang berada di dalam kantin begitu tekun mendengar dan melahirkan rasa simpati dengan berita itu.

"Mas..." Aida mencari jawapan daripada aku.

"Aku call Yusri kejap." Aku bangun meninggalkan Aida yang sedang menggigil.

Aku mendapatkan Aida semula setelah talian telefon di tempat Yusri tidak dapat dihubungi. Aku menghantarkan Aida ke bahagiannya. Aida lemah seolah tidak bertenaga. Dengan bantuan teman sepejabat dan izin
ketua jabatan, aku hantarkan Aida pulang setelah keadaannya tidak berubah. Aku cuba lagi hubungi Yusri, tetapi masih tidak berjaya. Dalam hati aku berdebar, tak sabar untuk mengetahui cerita sebenar.

Sejak mendengar berita tengahari tadi, kami tak putus
menonton berita seterusnya. Tak pernah dalam sejarah duduk tercongok depan tv sekadar untuk menonton berita. Dan petang itu aku mendapat panggilan telefon dari Yusri yang mengesahkan bahawa pesawat malang yang diberitakan itu, adalah pesawat yang dipandu Saiful.
Innalillah...... Terjawab segala tanda tanya yang meresahkan. Terduduk aku mendengarnya apalagi bila mendengar tangisan Yusri. Berat rasa hati aku untuk menyampaikan berita ini kepada Aida. Aku tak sanggup hadapinya.

"Aida...... it's Saiful," tersekat-sekat aku nak menyampaikan berita itu pada Aida. Aku terus memeluknya yang meraung menidakkan berita yang aku sampaikan. Dan tiba-tiba Aida terkulai lemah dalam pelukan aku, membuatkan aku panik dan aku terus menelefon doktor di klinik berdekatan untuk memberi rawatan kepada Aida. Kenapa Aida jadi macam ni? Siapa Saiful pada Aida? Saiful kan tunangan orang!

Lama juga Aida mengambil masa untuk pulih dari kesedihannya. Dia mengambil cuti selama dua minggu untuk pulang ke kampung halamannya. Setelah dia kembali ke rumah sewa kami ini, barulah aku
diberitahu, yang Aida dan Saiful adalah sekampung dan pernah belajar bersama di satu sekolah. Bukan setakat teman sekampung dan satu sekolah, malah mereka juga pernah bercinta satu ketika dulu. Sayangnya hubungan mereka tidak di restui keluarga Saiful yang lebih suka menjodohkan Saiful dengan keluarga terdekat mereka. Aida akur dan membawa diri jauh ke sini dan berkerja di sini. Tanpa di duga, perpisahan enam tahun lalu, menemukan mereka semula di sini. Semuanya gara-gara
aku. Hmm. Dan tanpa di duga juga, kali ini, Saiful pergi meninggalkan dunia ini dan dirinya buat selama-lamanya. Dia redha. Aida sempat menziarahi pusara Saiful semasa pulang ke kampung. Baginya,
Saiful adalah cinta pertama dan terakhirnya. Sebab itu dia tidak pernah membuka pintu hatinya untuk lelaki lain kecuali Saiful. Dia tidak pasti kenapa hanya Saiful. Dan dia tidak pasti bila pintu hatinya akan
terbuka semula untuk menerima cinta dari seorang lelaki, hanya masa yang akan menentukannya dan jawapan ada pada dirinya sendiri.

Lalu Aida membuka peti muzik pemberian Saiful dan cincin itu di sarung kemas di jari manisnya, dan dia berjanji untuk tidak membuka cincin itu selagi dia masih bernyawa. Semoga kau bahagia... Aida Salmi.

"telah puas aku memburu dirimu, tapi baru kini kau menjelma setelah aku terikat dengan janji yang mungkin tidak dapat di ubah lagi. semoga kebahagiaan menyelubungi segenap kehidupanmu. selamat hari lahir
buatmu Aida. you know me......"

fatimah.gif